11/08/2020
Breaking News

Bangunan Bersejarah di Malaysia

Bangunan Bersejarah di Malaysia

Bangunan Bersejarah di Malaysia

Bangunan Bersejarah di Malaysia – Malaysia, walaupun kecil jika dilihat pada peta dunia, kekayaan negara ini dalam aspek yang lain tidak boleh dibilang dengan jari. Salah satunya adalah kewujudan tempat-tempat bersejarah untuk diteroka bagi yang ingin kembali ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika.

Setiap negara pastinya memiliki beberapa bangunan yang sangat bersejarah bagi negaranya. Seperti halnya pada malaysia, juga memiliki beberapa Bangunan Bersejarah di Malaysia yang wajib dikunjingi. https://daftarsbobet88.com/

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Siapa sangka di KL ini masih ada lagi sesuatu yang telah berusia lebih daripada seabad dalam keadaan pembangunan yang rancak ni kan? Inilah usia Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1907, menjadikan ia sebuah masjid yang tertua di KL.

Seni binanya adalah berdasarkan reka bentuk Moghul daripada utara India. Ianya telah direka bentuk oleh seorang pembantu arkitek, Arthur Benison Hubbock.

Setelah menikmati ketenangan berada di sekitar masjid, anda boleh melawat banyak lagi tarikan lain di sekitar contohnya China Town, Jalan Tar dan Little India yang semuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki dari sini.

Muzium Diraja Negara

Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh sebuah firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari Singapura.

Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini memiliki keluasan 11.34 hektar. Rumah dengan gaya seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan rumah agam dengan saiz yang tidak dapat ditandingi oleh rumah lain di sekitar Tanah Melayu.

Bangunan ini kemudiannya telah diubahsuai dengan penambahan bilangan bilik daripada 13 kepada 20 buah, balai mengadap, dapur untuk memuatkan 100 orang, satu dewan santapan, empat bilik tetamu dan dua balai kemasukan.

Istana Bandar (Alaeddin)

Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905, Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana, tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri. Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh Islam dari Timur Tengah dan juga India.

Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan lanskapnya yang dipercantikkan dengan kehadiran kolam-kolam di hadapan istana.

Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. Bangunan ini kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7.

Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan mula dipindahkan ke KL.

Kellie’s Castle

Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di Scotland.

Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara serta-merta kerana Kellie telah mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-terowong bawah tanah.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *